Tuesday, June 28, 2011

Jangan kau tipu aku!

nak join klik sini Ben Ashaari

Dulu diari sekarang blog

Assalamualaikum :)

ada sape2 masih simpan diari sampai sekarang? diari dari zaman sekolah2 korang dulu..
aku simpan! :) dulu aku tak reti lagi nak main2 blog ni..jangan kata blog, laptop pon tak ada lagi..
tapi budak2 zaman sekarang semua dah tersedia depan mata.

kaw tengok..kan aku dah cakap.dah macam businessman dah aku tengok rayyan ni. 

mine.
ni la die diari aku yang aku masih simpan sampai sekarang.dah 8 tahun ok.. yang warna hijau tu aku dah tak boleh bukak sebab berkunci. n kunci dia pon dah lama hilang T__T
yang satu lagi tak payah pakai kunci dan agak berbahaya untuk diletakkan sebarangan. 
bila baca balik, rasa macam geli geliman..hehe..tapi seronok baca kisah kita dulu2..
but now, aku gantikan hobi menulis ni dengan berblogging..diari ni terlalu personal n kena jaga elok2.
but blog best..kita cerita, orang baca. no P&C. :) just S is C ( sharing is caring)
sekian. thanks 4 reading!

sy masih punya diari. anda pula bagaimana?

Monday, June 27, 2011

Adik-beradik saya =)

Assalamualaikum

idea terbantut sejak beberapa hari ni..aku tah tahu nak tulis apa kat blog.
story ada, tapi tak cukup info untuk diceritakan..hehe..
nantila kalo dah kumpul banyak2 info aku akan update lagi k..
harini aku rasa nak cakap pasal my sibling jek..
ramai yang tahu aku ada abang,kakak n adik tapi jarang tengok diorang.
tapi kalo kakak n adik aku ramai yang dah tahu. sebab diorang memang kat sini jek..
cuma abang aku kat semenanjung. jarang balik Kuching.





Qaseh Fatin Mardhiah. aku tak tawu kenapa aku suka gambar nih.
ok. tu abang aku. Mohd. Fauzie. tu sume gamba die aku amek dr fb kakak ipar aku ( kak Farah). huhu..Qaseh tu plak anak die..


Rayyan Darwisy
ni plak kakak aku. Fauzalaila. yang Rayyan darwisy ni anak die.=)

perasan k-pop
aku dgn adik aku.
adik aku. Fasharazwan. kitorang panggil wan je. tapi kawan2 die semua panggil fasha. mcm pempuan plak. die baru form 5. tahun ni amek SPM. 

ni saje adik-beradik aku. yang laki tu adik bongsu. maknanya aku anak no.3! 
sekian saje dari aku yang tak idea..T.T

Thursday, June 23, 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG...

nak join? KLIL SINI

Segmen Abg Ben ni best. heheeh..1ist time join! huhu
ok, memandangkan syarat  segmen ini memerlukan kita untuk bagitahu blog manakah yang kita suka dan teringin nak hack, Jawapan nya ialah blog ANNAS EASKY
kenapa? mesti la ramai kenal Annas kan?  susah la nak cakap..haha..korang pegi la tengok sendiri..dia seorang photographer yang hebat! gambar die ambik semua cantik2.
tak percaya?sape2 yang masih belum kenal dia, pegi blog dia. selalu usha blog die bile die ada update blog..sebab nak tengok gambar2..=)

p/s : main "hack-mengehack" ni bkn la nak hack btol2..

Saturday, June 18, 2011

Adakah muka lembut / badan kecil tak boleh masok silat?

Assalamualaikum..

kalau tanya aku, of course aku akan jawab BOLEH ( sambil melihat muka dan bentuk badan dalam cermin)
nak masok silat bukanla bergantung pada muka atau badan. kalau dah minat dan tahan lasak tak salah masok 
"eh,muka dia garang macam undertaker, kalau masok silat nie mesti orang takot"
" ko biar betol nak masok silat, muka macamnie nak masok silat, dahla badan ko kecik"

badan ko kecik ke besar ke kalau korang masok silat ada tak orang silat cakap :
"badan ko kecik, tak boleh masok..haa! ko yang badan besar, sini..masok silat"
takda kan?
tak kira la silat ke atau seni mempertahankan diri yang lain sape2 boleh masok taw. 
tambah2 lagi zaman sekarang seni mempertahankan diri tu amat penting! sebab kat luar sana sangat bahaya.
jadi aku suggest korang belajarla seni mempertahankan diri yang korang minat.
kalau aku. aku pilih Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi =) 

berbalik kepada cerita asal, perkara ini sebenarnya memang berlaku di dunia nyata dan terkena pada batang hidung aku sendiri. rata2 yang tawu aku budak silat semuanya terkejut. aku bg 2 situasi kat sini :
situasi 1:  dalam HEA * ayat lebih kurang mcmnie la
kawan 1: ko buat apa kat HEA ni?
kawan 2: aku temankan si shela ni ha booking audi untuk perjumpaan silat dia
kawan 1: shela silat?? ko biar betul?
kawan 2 : yela kenapa?
kawan 1 : lemah lembut macamnie silat jugak ke?

situasi 2: bilik lecturer
aktiviti main watercolor kat bilik lecturer ( cat bilik sebenarnya)
aku xtaw ape yang kawan aku borak kan ngan mdm kitorang sebab aku dengar last2 dia cakap aku kakak silat.
lecturer : dia silat? aii badan punyala kecik..
aku yang tengah cat tu pun makin laju mengecat sebagai tanda isyarat *don't judge a book by its cover..LOL*

dan aku nak jawab YE mungkin muka aku tak berapa nak legend dan berbadan kecik.
tapi aku memang belajar seni mempertahankan diri. aku minat.
dulu aku belajar taekwondo ( tak habis ) sekarang aku belajar silat ( Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi ) =)
sekarang aku kurang aktif..insyaAllah akan aktif balik bila da sambung belajar nanti =)

jadi, nak masuk seni mempertahankan diri, orang tak tengok muka atau badan. badan kecik tak semestinya lemah. badan besar tak semestinya kuat =)


maaf..gambar terpaksa digelapkan kerana dia seorang artis =P fokus kepasa aku je taw =D
sekian saja dari aku...assalamualaikum =)

Thursday, June 16, 2011

Sekadar pengetahuan am : TRANSGENDER , TRANVESIT, TRANSEKSUAL, HOMOSEKSUAL, HETEROSEKSUAL, TRI-SEKSUAL,PENGKID DAN BI-SEKSUAL

 Asslamualaikum..
sekadar pengetahuan am kepada semua berkaitan istilah2 ini. mugkin ramai yang dah tahu dan mungkin jugak ramai yang tak tahu mahupun keliru.di sini saya akan berikan sedikit info tentang istilah2 ini

TRANSGENDER
Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti lelaki

TRANVESIT
Lelaki yang penampilannya seperti wanita dan wanita penampilannya seperti lelaki.

TRANSEKSUAL
Lelaki yang merasakan dia seorang wanita dan wanita yang merasakan dia seorang lelaki. ada yang membuktikan perasaan itu dengan melakukan pembedahan bagi menukar alat kelamin.

HOMOSEKSUAL
Orang yang melakukan hubungan dengan jantina sejenisnya. lelaki akan disebut Gay manakala wanita akan disebut Lesbian.

HETEROSEKSUAL
Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan begitu juga wanita. ini adalah hubungan yang betul lagi normal dan DIHALALKAN oleh islam melalui PERNIKAHAN yang menepati rukun2nya.

TRI-SEKSUAL
Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita,lelaki dan transeksual. begitu juga dengan wanita.

PENGKID
Wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. di kalangan pengkid ada yang penampilannya sebagai lelaki.

BI-SEKSUAL
Lelaki yang membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita. begitu juga wanita.

*renung2kan =)

Reason

Assalamualaikum..

sebab, sebab dan sebab..
kenap setiap yang berlaku ada sebab?
kenapa apa yang kita lakukan pun ada sebab?
dan kenapa cuti 4 bulan nie aku ambik keputusan untuk duduk rumah jek dulu?

sebab yang pertama:
MY MOM
my mom said : bagusla dah cuti, boleh tolong mak kat rumah nie..senang hati..
me: taknaklah..orang nak keje..
(bahasa asal adalah dalam bahasa sarawak ye..aku translate untuk korang) 
 but i day aku terfikir, my mom da nampak harap sangat aku balik sebab nak tolong dia..
dia sorang yang buat semua kerja jadi dia harap dengan kepulangan aku, aku dapat meringakan sket kerja2 
 dia..
so aku fikir "takpelah..duduk rumah je dulu tolong apa yang patut, nanti kalo da bosan baru cari keje"
tapi lama2 still tak kerja jugak..sebab? 

sebab yang kedua:
AKU NAK BELAJAR
aku nak belajar dan rasa macam mana rasanya buat semua kerja rumah
lain orang lain pemikiran dia..betol?
macam aku, bila aku rasa nak belajar..aku akan belajar..
tak kisah pun apa org nak cakap 
persiapan untuk masa hadapan =P 
*macam nie ek pemikiran sesorang bila dah berusia 23 tahun? T.T
kita belajar benda2 macam nie bukanla maksud aku gatal nak kawen..
malu doe tak pandai buat kerja rumah..dulu bukan tak pernah langsung buat. tapi jarang ada kat rumah.
kerja pun jarang2 lah..
jadi bila dah full time ada nie..tak salah kan?
dan FYI since aku balik, aku belum pernah lagi keluar dengan kawan2..percaya tak? 
aku keluar dengan family jek. =) my friends keep asking me bila nak kuar..
act..kalau da ada kat rumah..aku lebih suka luang masa dengan family dari dengan kawan2..itu aku
but syukur sebab punyai kawan2 yang sangat memahami..=)
aku just fikir satu..satu hari nanti bila aku dah habis belajar..aku takkan duduk rumah je..aku pasti kerja..jadi bila lagi aku nak belajar buat semua nie secara full time kalo bukan sekarang? =) 
biar orang cakap "eh,budak nie duduk rumah je..bukan reti nak cari keje"
hello,aku bukan selamanya nak terperap dalam rumah ok..aku duduk bukan goyang kaki..aku duduk rumah sebab nak belajar..

1 day aku taknak jadi seorang wanita yang berkerjaya tapi tak tahu pasal rumah. aku taknak ada orang gaji.
aku nak buat sendiri. =) biar penat tapi berbaloi2! 
wanita berkerjaya berhati surirumah *LOL


p/s : ternyata bukan senang nak jadi "surirumah" PENAT!!

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday : Cantik =)

Siti Nurhaliza
Nora Danish
Lisa Surihani
Ayu Raudhah
^_^

Tuesday, June 14, 2011

23 tahun!

.well..betol! umur aku dah mencecah 23 tahun ( 13 jun 1988 ) but ramai yang ingat aku masih 20 tahun. OMG!! terasa awet muda!! =D
my mom said : KAKAK KAU UMUR NIE DA KAWEN..
dalam hati aku cakap : HELLO2 MAK..HELLO..TAK DENGAR..TAK DENGAR..

kakak aku dah keje..takpela kawen awal..aku pulak masih study..dan rasa hati still nak study..n nanti nak keje..buat apala belajar tinggi2 last2 kawen jek..
belum sampai seru nak kawen ( tapi kalau shaheizy sam ajak kawen takpe =P )

jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan. aku terima sesiapa saje jodoh itu kalau itu yang terbaik buat aku.
tapi kalo sebut ciri2 lelaki idaman rasanya semua perempuan inginkan suami seperti apa yang mereka nak. betul? dan ciri2 lelaki yang aku nak agak2 macam mana ek? adaka seperti :

remy ishak kah??
atau 

Lee Min Ho kah?
mungkin...

=)
semua tu tak penting!! 
yang paling penting adalah..dia mestilah seorang................LELAKI! tq! 

hello...my name is FASHIELA ok..not FASHIRA..penat2 beli mahal2 tapi salah nama..*sigh

Saturday, June 11, 2011

Rindunya!!

assalamualaikum 

korang pernah tak rasa rindu dengan kawan korang bila korang da habis study?
mesti la kan? tipula kalau tak rindu
aku rindu zaman diploma aku, rindu nak lepak dengan kawan2 aku
masa diploma kitorang suka lepak petang2 lepas habis kelas.

ni blok aku. kolej serapi blok 1b bilik 1126 ( sebelah kanan)
ni depan blog kitorang..ada 2 padang. yang ni padang tempat untuk bersenam. ( kitorang malas, kitorang duduk jek) sebelah lagi tempat main badminton, bola tampar pun boleh.

kitorang buat jadi tempat makan =P
rojak! feveret woo!! makcik tu buat sedap! sampai dah kenal makcik tu dengan kitorang, sebab kalo boleh hari2 kitorang datang kedai dia.


ce teka mana satu aku punya?
so, inila keja kitorang petang2 lepak..yang bestnya melepak pakai baju kurung. mana nak cari anak dara zaman sekarang lepak2 pakai baju kurung? =P
apa yang pasti, aku sangat2 rindukan saat2 macam nie! agak2 bila boleh buat mcmnie lagi =(

Thursday, June 9, 2011

Sebagai hiburan =)


video ini untuk tontonan umum. nyanyian Rayyan Darwisy lagu janji ( akim ) + selawat nabi =)
semoga terhibur!

Wednesday, June 8, 2011

Kecewa

Assalamualaikum
kenapa kecewa?
banyak sebab untuk kecewa..tak dapat ipad kecewa, result tak ok pun kecewa.
banyak sebab la kan?
 lagi senang nak cakap, kita kecewa sebab apa yang kita harapkan tidak terjadi. kita sentiasa berkehendak.
tapi perlu ingat, Allah juga berkehendak dan kehendak Allah lebih tepat dan baik. jadi apa yang kita perlukan adalah sabar. dan insyaAllah sabar akan membantu kita menerima dan memahami kehendak Allah untuk diri kita.

tidak berkmaksud orang yang kecewa itu pendek akal. seperti yang GURU aku cakap, kita boleh kecewa tetapi JANGAN PUTUS ASA. 

"kekecewaan bukanlah pengakhiran segalanya, ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. memangla di awalnya kita merasa sukar untuk menerima hakikat, tetapi percayalah, kita tetap ada Allah S.W.T. semuanya dari Allah. dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka. walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita, namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. sesuatu yang kita cintai belum tentu membawa kebaikan kepada kita, dan sesuatu yang kita benci belum tentu memudaratkan kita "

contohnya macam orang kecewa sebab putus cinta. sampai bunuh diri woo. OMG (sepah)
kalo perempuan mungkin orang tak terkejut sangat sebab orang selalu cakap perempuan lemah.
tapi ni lelaki ok. LELAKI. bukanla tomboy mahupun pondan..ini cite betul kat sini, budak dari sebuah institusi awam kat sini. dengan niat memang nak bunuh diri. terjun dalam sungai tempat die belajar. mungkin dia pandai berenang kot, tapi niat dah memang nak bunuh diri la kan jadi dia letak batu dalam beg dia. 
sekarang cakap sape yang lemah? cakap? cakap?
jangan selalu cakap itu ini pasal perempuan. lelaki pun sama jek.

bukan senang nak terima hakikat orang yang paling kita sayang tak sama perasaan macam kita.
tapi hati dan perasaan dia kat orang lain. kecewa kan? 
tapi memang sakitla..sakit sangat,sangat,sangat
tapi perlu ingat, sayang macam mana sekalipun kita kat seseorang, kena berpada-pada.
jangan sayang 100%. macam lagu mas idayu cintaku 100%.
tinggal kan sikit perasaan sayang tu terhadap diri sendiri. 10% cukupla.

dan jugak tak elok kalo kita paksa orang sayang kita. biar dia sayang ikhlas dari hati dia.
kecewa memang kecewa bila kita tengok dia dengan orang lain.
" i hate to see the one i love happy with somebody, but i surely hate it more to see the one i love unhappy with me"

walau apa pun terjadi kita kena jugak berfikiran positif. cakap "dia" betul, kalo da jodoh tak kemana. sabar banyak. macam2 dugaan. biar masa yang tentukan. yang penting sekarang adalah doa.

"kalau dia yang terbaik, insyaAllah adalah jodoh kami, kalau bukan dia, ada yang lagi baik"
bukanla nak kata dia tak baik. dia baik, tapi mungkin bukan yang terbaik untuk aku. terbaik untuk orang lain. bagi aku dia tetap baik. kawan baik. baik buruk dia aku terima sebagai seorang kawan sejati.

jadi kawan2 kita enjoyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!


Tuesday, June 7, 2011

Dalam Kenangan


Today, rasa rindu pulak nak tengok nabil
teringat kat dia 
kalo nabil masih ada, mesti die da hensem sekarang, da besar
kalo nabil masih ada mesti die da jadi along

lagu Kerna ku sayang kamu by dygta, i know this song because of you nabil.
aku tak tawu lagi ni untill nabil yang bagitawu
banyak lagu yang budak kecik ni tawu..aku yang dah besar masa tu pon tak tawu..haha
so funny..=)

anak syurga =)Allah lebih sayangkan dia
Al-Fatihah

Monday, June 6, 2011

Bahasa Sarawak

picture from google

assalamualaikum n hye2!
kalau sebot sarawak jek, mesti orang akan terbayang orang yang pakai cawat, rumah panjang, kawasan hutan betul??
for your information, semua tu cuma "lambang" org sarawak, identiti orang sarawak..
kami tak lupa asal usul kami, sebab tu kalo ada persembahan mostly diorang akan buat tarian ikut kaum masing2 dengan pakaian masing2..kami bangga kami datang dari pelbagai kaum =)
bahasa kami pun lain2, ada bahasa iban, bidayuh, melanau n banyak lagi larr..
kalau yang kamek, kitak tu macam bahasa "rasmi" sarawak la..semua kaum boleh faham
tapi bila kaum2 ni cakap dalam bahasa diorang sendiri yang tu aku tak faham.

nak aku translate ayat kat atas ni dalam versi sarawak tak? hehe..ce baca ce baca

mun sebut jak sarawak, mesti orang akan ingat orang makei cawat, umah panjang, kawasan utan mena sik?
for your information, suma tok cuma "lambang" orang sarawak jak, identiti sarawak..
kamek orang sik lupak asal usuk kamek orang bah, sebab ya mun ada persembahan mostly sidaknya akan polah tarian ngekot kaum sidak pun dengan baju daknya. kamek orang bangga kamek orang datang dari pelbagai kaum =)
bahasa kamek orang pun lain2, ada bahasa iban, bidayuh, melanau n banyak gik lah..
mun  yang kamek, kitak ya macam bahasa "rasmi" sarawak lah..semua kaum boleh paham.
tapi mun sidaknya kelaka dalam bahasa sidak pun ya aku sik paham.

amacam?? boleh belajar x? hehe..
 ada sesetengah bahasa semenanjung kalo di translate dalam bahasa sarawak jadi lain
contoh2 macam kat bawah ni :
KEPAK = LETIH (bhs sarawak)
LAWA = SOMBONG
TIKAM = BALING
TETAK = GELAK,KETAWA

haa..ni contoh2 die la..
ada orang cuba translate ayat semenanjung ke bhs sarawak, membuatkan salah faham di situ

cth ayat semenanjung:
seorang pelajar mati diTETAK 10 kali di rumahnya
cth ayat sarawak:
seorang pelajar mati diGELAK 10 kali dirumahnya..

yang ni korang jangan pandai2 translte ek!

nak belajar n faham bahasa sarawak tak susah..
kalau bergaul dengan orang sarawak lagi senang faham..

ini hanyalah sedikit info pasal bahasa sarawak..kalo nak belajar lebih, aku dengan senang hati tolong..
sekian, assalamualaikum =)

Sunday, June 5, 2011

BB! =)

apakah itu BB? Black Berry ka? Broadband ka? 
BB tu singkatan bagi Bantal Busuk =P
nak lagi sedap letak la BB..baru nampak macam mahal sket..hak aloh..

tibe2 rasa nak cakap pasal bantal busuk sebab benda common.
dan sesuatu yang pelik sebab benda busuk yang  tak meloyakan orang..pelik kan..kemaruk lagi ada la..

bantal busuk adalah sejenis bantal yang busuk tapi bila dicium jadi sedap ( apaka )
tak dinafikan ramai yang ada bantal busuk. betol?
mostly budak pempuan la and budak kecik opkos ada weii..
lelaki ada ka? ada kot..tapi  tak ler taksub macam pempuan ( busuknyer perangai )

kalo fikir balik benda nie benda biasa taw..
benda yang kalo boleh setiap rumah ada..
tapi yang aku peliknya nama jek bantal busuk..cuba korang tengok sape2 yg cium bantal busuk mesti akan cakap
"sedapnya bau...'" aku tak fahamla..da nama busuk..busuk la kan..tapi cium jadi sedap pulak..
cara cium tu memang menikmati betol la..memang sehabis2 nafas die tarik..
segala bakteria yang ada kat bantal busuk tu pon da masok ke dalam badan kot

BB ( sedap sket dgr ) macam2 bentuk..bentuk love ke patung ke..selagi benda tu setia  di atas katil and boleh bawak g mane2 jek..
aku pon ada weii..tipu la kalo cakap tak da..
tapi aku tak setaksub sampai nak pengsan cium..
setakat teman tido jek la..tapi kalo g mane2 aku tak bawak..aku bawak bear jek..
BB aku bukan dari kecik aku pakai..asal anak buah aku punya..aku amek sebab ada bau die..hehe
bau baby kan sedap..sekarang da tak da bau die dah ..haha

mine! yang kabur2 tu..maaf ye..tak boleh tengok rupa sebenar..haha..malu!! tp tak hodoh ok..still nampak macam bantal lagi..yang tengah tu plak teman tido yang ke 2..

pesanan untuk sume..kalo boleh jangan biasakan anak2 anda dengan bantal busuk..nanti sampai ke besar die bawak..
takut nanti die terlalu bergantung sangat ngan bantal busuk tu..g mane2 pon kena bawak..sebab orang yang terbiasa ngan bantal busuk nie tak boleh tido kalo takda bantal busuk..mostly nya la ( tidak termasuk aku )
kang tak pasal-pasal sampai kawen pon ada lagi nok..buruk bebeno perangai..haha..
sekian harap maklum..mekaseh baca!!

Saturday, June 4, 2011

Serba Salah

xtaw la nak cakap ape..
serba salah la ngn korang nie..
yela..kang aku lebihkan yg nie..yg tu plak cakap itu ini..
kang lbh yg itu..yg ini ckp pe plak..
padahal aku ckp men nyampok jek..
kesasihan cite aku xtaw..
sbb sume nak berasia..
jd aku buat2la faham walau aku xfaham apa sbnrnya..

aku xtaw la bnda jd sampai tahap mcm nie..
manusia kan
suke buat hukum, undang2 sendiri
da lama kwn, ada masalah cakap la baik2..
bincang sama2..
aku cakap utk kedua2 belah pihak..
ada mata lihat, tp jgn percaya, ada telinga dgr tapi jgn percaya..ada akal pakai, n pk dgn waras..buat keputusan dgn baik..

lu pk la sendiri..org xtaw apa boleh kena gak..dasyat gilerr korang..