Friday, October 26, 2012

Sakit tak pakai braces?

Assalamualaikum

Menjawab kepada soalan di atas tu, buat masa sekarang aku tak ada la rasa sakit sangat. belum tiba masanya kot. sebab before aku pakai braces aku search jugak pasal benda alah ni. ramai yang cakap sakit tahap gaban. cuak jugak nak pakai . tapi sebab nak nampak comel ( ecewah ) aku tabahkan jiwa dan raga..heee..

first appointment aku 3.10.2012. die pasangkan bracket kat gigi atas. gigi bawah belum lagi. tak rasa apa-apa pon masa pasang tu. tapi bila dah lama sket dan 2 3 hari pastu ada la rasa sakitnya, tapi tak teruk sangat. mungkin baru lagi kot. ulser alhamdulillah tak kunjung tiba lagi ( harap sangat tak da la weeii..sakit woo besi kena ulser ni )

PERASAAN LEPAS PAKAI BRACES?

perasaan? teruja! haha..tapi agak tak selesa sangat-sangat. makan pon kena perlahan, sekarang aku rasa aku paling lambat nak habiskan makanan. sebab kena hati-hati. dah tak boley makan macam biasa. makan laju-laju. makan banyak-banyak...huuu...rasa macam teraniaya. takpe, doa org teraniaya makbul ( adakah aku termasuk orang yang teraniaya? ahaks) 

kalau nak senyum pulak kena control..haha


dah tak mampu nak senyum macam nie T.T


kena control lak macam nie..teheee...


alololor.gamba nak jauh-jauh je kan..malu la tu nak tunjuk braces :p

sejak dah pakai braces, aku dah ada hobi baru. hobi baru aku adalah menggosok gigi! dan akan sentiasa mencari toliet selepas makan. sebab nak buang sisa makanan kat celah besi ( kalau ada) 
dan aku juga suka sangat dengan berus gigi sebab orang lain pakai satu je, tapi aku ada 3 berus gigi. satu berus biasa. satu lagi memang untuk braces then the last one intedental brushes. best kan? aku ni da la jenis lama mandi, sekarang makin lama sebab nak kena guna ketiga2 berus gigi tersebut. haha 

oklah,that's all for today..enjoy reading!  :) 

Friday, October 12, 2012

Someone Like You

Assalamualaikum



"Walau digenggam kuat,andai ia bukan milik kita,ia terlepas jua,walau ditolak ke tepi,andai ia milik kita,ia mendatang jua."




giler lama aku tak update blog weihh..update je terus bab jiwang nok...kau ada? otak giler tepu nak update blog..semangat pon dah hilang,buktinya? aku da delete da page aku. dah tak ada dah..T.T sobs..sobs..



MAAFLA TAK ADA GAMBAR-GAMBAR NAK TARIK PERHATIAN. RASA NAK BERCERRITA JER.



lagi-lagi sekarang semangat da kurang sikit..bukan setakat nak berblogging jer..tapi hidup. tapi tulah, orang kata hidup kena teruskan..takpe kan semua yang berlaku ada hikmahnya :)



orang cakap kalau nak tahu tu jodoh kita atau tidak, kita tengok muka dia kita akan rasa tenang. orang cakaplah, bukan aku cakap..



Tapi kan, tapi kan aku rasa benda tu tak berapa nak logikla..mana yang kena tu kena la kan..yang tak tu frust menonggeng la jawabnya 



sebab apa yang kita rasa tak semuanya betul. perasaan sahaja. yang lebih mengetahui cuma Allal SWT. jadi apa yang terjadi dalam hidup kita kena terima dengan hati yang ikhlas. 


Allah tak bagi apa yang kita inginkan, Allah bagi apa yang kita perlu :)


Marah itu mudah, Sabar itu susah, tapi sabar itu indah bila lihat hasilnya.


DIA" saya percaya kamu akan jumpa yang betul-betul sesuai...biarpun cerewet memilih..sebab dia yang kamu akan spend time sampai mati"

*bermula dari kawan baik, berakhir pun kawan baik juga*   i'll find someone like you