Saturday, July 6, 2013

Adakah ini Rezeki?

Assalamualaikum...

aku rasa macam berabad lamanya aku tak update blog aku. takda masa weyh..aku boleh je curi masa nak update tapi aku rasa macam takde perasaan nak update. wah! update blog kena ada perasaan tuuuu.. kau adder?? haha..haa..jangan ingat perasaan sesama manusia jee..mak pun kena amek feeling kalo nak update blog nie..susah juga kalo ikut mood ni, mawu tak setahun sekali nanti aku update blog.

well, dah ada banyak masa ni..aku rasa aku nak mula aktif balik update blog aku. yes, uolss banyak benda aku nak cerita, tapi satu-satula kan? nak cerita semua dalam satu entry boleh buta orang membacanya..mati la aku macam nie..-_-' ...

aku sebenarnya dah terjebak dengan benda yang aku tak pernah terfikir pon dalam seumur hidup. and benda yang aku tak nak pon. bak kata orang tua-tua, jangan asyik cakap tak nak, tak nak..nanti benda tu la kita dapat. aku rasa kata-kata orang tua-tua ni memang tertempek tepat ke muka aku... kaow tak rasa apa aku rasa? kalo uols tengok gambar kat bawah agak uols faham tak apa aku nak sampaikan? 













agak-agak faham tak apa aku cuba sampaikan? kang aku buat game 1 word 4 pictures kang haaa...aku involves ngan benda-benda mamcamni la..photoshoot. sometimes aku rasa, betul ke apa aku buat ni. sampai kawan aku naik jenuh nak menjawab. last-last aku dapat jawapan " bukan ko jual diri pon" terbaek dari ladang jawapan. lepastu aku dah tak tanya apa-apa lagi dah. T.T 

all the picture dari berlainan photographer. tiga ke bawah tu more to potrait, so aku tidak dibenarkan sama sekali untuk posing maut. ahaks.. memandangkan aku dah involves benda begini, aku try teruskan, tapi bukan selamanya.. impian aku nak tengok geng-geng @ family aku berjaya (PT) sampai digeruni orang. lepas tu baru aku stop. walaupun aku bukanlah keluaran PT..kihkihkih..tapi tu ibarat "bom jangka" aku. bila kita nak berjaya, kita kena ada target kan? begitula sebaliknya kalau kita nak orang berjaya, jadikan mereka target ;)   diorang berjaya, aku stop. PT? PT tu geng Photo Theories. 

Thanks for reading this entry! 

Tuesday, January 22, 2013

Ubermen's New Fragrance Launch Party

Assalamualaikum :)

dah beberapa hari berlalu, aku baru nak update uolss..sesungguhnya aku suka ambik mood dulu nak update belog kesayangan ni. 
tambah-tambah lagi kena tinggal sorang-sorang kat umah T.T 

you know what? i jumpa Aaron Aziz last week dekat ubermen's launch party. sebab dia kan duta perfume tu kan. so dia mestila ada di situ. 

How i can get in that place?
actually my friends fitri and dedeq which is also my seniorita at uitm ni tanya "nak jumpa aaron aziz x?" 
and i was so excited giler. dah la so excited, giler je lagi kan. memang giler-giler excited lah.  lepastu berangan kejap aaron aziz depan mata....oh noooo....ahaha

and that was the first time aku masok club. sebab benda tu buat kat club. Vertigo Club. but okayla sebab nak buat launch je kan..

btw, tema event nie red+black or green or blue. then kitorang pilih red+black. before we all pergi club tu we all jalan-jalan la dulu, semua orang nampak pelik tengok kitorang sebab pakai kaler sama! ala-ala band gitu uolss..ahaha








got suprises from them. alolololo....tomei-tomei..actually da nampak dah aaron before event start, orang da buat suprises kan..so tak kan la tak nak terkejut...:p suprises jugak la sebab ni magic okay..how aaron can masok dalam box tu padahal dia dekat belakang pentas? 


beauty lady ni mc of the day...cantikkk :') 


ni pulak finalist Mr Ubermen. hensem-hensem uollss..

so bila event da abes, semua cari aaron nak take picture with him. da jumpa tak kan tak nak ambik gambar kan. selalu tengok dalam tv je, da depan mata jom je ambik gambar ramai-ramai :)


aku tak tahu ni dah kali ke berapa aku bergambar ngan aaron sebab tak puas hati dengan picture sebelum nie..hahaha..aaron pon okay je..tak sombong :) mungkin da naik  muak tengok  muka aku..muahaha
 actually wife dia ada..sangat-sangat cantik...aku pandang-pandang sebab nak ambik gambar ngan dia, tapi segan pulak, rasa macam dia perasan aku pandang dia..heeee :D



fitri and dedeq sempat lagi amek gambo ngan dia nie. i forgot his name :'( *sumpah aku tak kenal huhuhu


aku suka gambar ni :) ala-ala artis gitu..lalala

after habis event tu, kitorang pegi sambut birthday kevin. sebab event tu sama hari dengan birthday kevin 17.01.2013. so hadiahnya adalah jejaka-jejaka ubermen tadi..huehuehue :p




sempat layan message dari kawan-kawan yang ingat aku edit picture dengan aaron. langsung tak nak percaya aku T.T

habis makan, plan nak tengok wayang tapi tak jadi sebab masing-masing dah penat sangat. so we all pulang dengan hati yang gumbiraaaa :D

the end :')

Saturday, December 22, 2012

THE END OF SEMESTER 5

Assalamualaikum :)

pagi-pagi dah ngadap laptop semata-mata nak update belogg tercinta.
jarang update sebab busy sangat kan. and now, alhamdulillah dah semakin berakhir semester 5, sem depan dah masuk sem 6 and grad :')
 sem 5 ni terlalu la busy, sebab paper mostly yang agak berat la..ada 8 paper. 4 ada final exam which is database, marketing, information system management and arrangement&description.  yang takda final paper tula yang membunuh jiwa raga ini..huu..actually database pon susah jugak. tak tido malam dibuatnya.
separuh jiwaku pergi mak dibuatnya nokk..

subjek yang takda final exam dah start buat presentation isnin lepas. antara nya Planning and Design. yang sakit kepala nya sebab kena buat prototype or model building. 

 design building ktorg..haha..kereta merah tu macam nak langgar orang.

pastu nak kena siapkan  logo company pulak. tengah2 orang present, time tu jugak aku edit balik logo ni sebab ada typing error..fuhh..tak reti buat logo, so buat sesimple yang boleh saje...yang penting boleh baca..kankankankan..

pastu subjek Audiovisual. pon buat ala-ala ada company sendiri. buat dokumentari Sepak Raga.

yang ni gambar google, cuma aku edit sikit..huhu

lepas tu shortfilm untuk subjek 3rd language. i ambik france uolss...berbelit-belit lidah tau dop?

kena berlakon. sebab takda masa sangat, aku decide aku buat skrip n indirectly director of the day sebab aku je yang faham jalan cerita..hoho

garu kepala sebab kena terima arahan dari sang assistant director T.T

then, then, then..last presentation goes to DATABASE. dataBEST sangat!

kitorang buat simple je..buat benda yang kitorang faham. comel tak? hehehe
logo pun nak comel-comel uolsss..

actually untuk kids nursery. nak pakai nama q-dees jugak. q-dees mesti ramai yang tahu kan. tapi kitorang cuma untuk project sahaja :')

and lastly....


yeayyy! i'm coming homeeeeeeee...*dancing

nak rehatkan minda di rumah sebelum...

study kaw2 untuk final exam.....

bye!

Happy holiday guys! :)

Monday, December 3, 2012

Anak ketiga :)

Assalamualaikum

minggu ni minggu yang agak busy sebab dah nak final ye kawan-kawan, final projek banyak nak kena hantar. database aku pon tak jalan lagi nie T.T. tapi dalam stress-stress pun still rasa nak update blog. gediks namanya..

okay, simple je kot entri kali ni..sebab nak study, esok test :p

sapa anak ketiga? jom share ciri-ciri anak ketiga dan ini yang aku dapat dari sumber-sumber tertentu. and aku akan kaitkan ngan diri aku either betul atau tak..jeng3...

1. YAKIN DIRI 

Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan. 

Aku: sometime yes, sometime nop..yes memang aku jenis yang mudah bergaul dengan siapa sahaja KALAU  orang yang layan tu terus anggap aku macam kawan dah kenal lama. tak kekok di situ..kalau orang jenis tanya or jawab sepatah-sepatah, aku pun sepatah-sepatah jugak jawabnyaa..amat disenangi kawan-kawan? i'm not sure about that..maybe kot sebab aku ngan bespreng aku tak ada masalah pun. *tak tau la belakang macam mana..haha..kidding..alhamdulillah setakat ni, disenangi kawan-kawan terdekat :) 

2. SUKAR BERTOLAK ANSUR

Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.

Aku:  ahaks..:p so true..tapi takda la sampai nak betul je setiap masa..aku bukanlah jenis yang "customer always right"..sometime bila rasa benda tu aku patut pertahankan, so y not la kan? 
keras kepala yess :)

3. MUDAH KASIHAN

Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah  terpedaya. jadi hati-hatilah yer!

Aku: sangat. sebab? aku tak boleh tengok orang menangis (lagi-lagi orang tua) tak boleh tengok orang tua yang jual barang dari meja ke meja *okay nak nangis, kesian okay..budak-budak tak payah cakap la..muka suci, kalo nangis memang aku kesian. dan disebabkan mudah kasihan jugakla, aku ditipu kawan sendiri sebab bagi pinjam duit dan hasilnya? sampai sekarang tak bayar balik. takpela :') sebagai pengajaran. 

4. BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA

Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat menyerlah. tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yang ada. korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.

Aku: yess..saya sangat pemalu orangnyaaaa....:) 

5. SIKAP MALAS DAN MANJA

Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang manja sehingga kadang kala membawa kepada malas. korang perlu di'push" oleh seorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa kepada kejatuhan diri sendiri. 

Aku: mostly kawan aku cakap aku manja. diorang cakap.bukan aku :D tapi kalau manja sampai tahap malas tu i don't think so. malas bila penat ada la..

6. TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH

Korang sangat optimis dalam menangani masalah. sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawa. sebab tulah korang ada ramai kawan!

Aku: memang aku tak suka cari masalah. try my best to think positive all the time :) bukan lah yan terbaik, tapi berusaha untuk jadi yang terbaik..insyaAllah..

agak-agak korang yang mana? :) 





Friday, November 9, 2012

Glowing Effect

Assalamualaikum

aku bukanlah seorang peng "edit" gambar yang tegar, tapi aku suka sangat benda yang nampak glow-glow nie. maca muka dipenuhi cahaya keimanan la kan. berseri-seri :) 

banyak cara nak buat glowing effect, paling mudah korang download je la action kat mana-mana. lagi senang kat sini GLOW EFFECT . 

ada orang tanya macam mana nak buat muka jadi glow, jadi kat sini nak tunjuk sikit kemahiran yang tak berapa nak mahir ni ye..sob..sob * walaupun hakikatnya segan nak tunjuk*  ni pon aku tak ingat aku belajar dari mana, sebab aku suka usha-usha  blog orang yang suka bagi tutorial edit-edit gamba nie..( hobi masa lapang ) sebabtu suka sangat tengok orang edit gamba. :') nak belajar tapi takda sapa nak ajar kan.

okay we will start now! first you need to open your picture ( aku guna cs5) 


dah? then tekan ctrl+j ( layer 1) so akan keluar yang macam dekat anak panah merah tu. can you see?

Lepas tu pegi dekat Filter - Blur - Gaussian Blur - Radius 6.0 
akan jadi macam kat bawah ni :) 

next, pegi dekat Image - Adjusments - Desaturate ( shift + ctrl + u )
 gambar akan jadi blur and nampak black n white. 

after that korang kena tukar Blend mode : Normal kepada Overlay 

tengok anak panah merah. tu Blend mode.

then, 


ikut ni, first tukar colour kat anak panah 1: atas = f8b002, bawah = f5f200
 lepastu tekan ctrl + alt + shift + E akan keluar seperti di anak panah 2. boleh follow? 

next step, Image - Adjusments - Gradient map - ok


the picture will be like this okay? 

lastly, once again you need to change Blend mode from Overlay to Soft light. Opacity is depend on you nak letak berapa..ikut kepuasan hati anda and kesedapan mata memandang :) * aku tukar kepada 60%

DONE :) 


My Hero :') 

Saturday, November 3, 2012

Tony Moly Lip tint

ASSALAMUALAIKUM

sejak akhir-akhir ni ramai tanya kenapa bibir merah? pakai lipstick apa? sesungguhnya dan seumur hidup aku, aku tidak pernah pakai lipstick. Dalam beg makeup ( beg makeup la sangat, padahal takda makeup pon ) tak pernah ada lipstick. honestly aku jenis yang tak reti pakai lipstick. 

so aku nak share satu benda ni, kot-kot la kan ada yang minat, terutamanya yang gila orang korea or barang korea ( macam aku ), sebab benda ni made in korea. actually benda ni suitable jugak untuk yang tak suka pakai lipstick tapi nak bibir nampak merah. 

google


Tadaaaaaa!!! this is tony moly lip tint, yang kiri red apple ( aku pakai ) then yang kanan cherry pink ( aku pakai gak) hahaha..tamak haloba namanya. but aku lebih suka pakai red apple. 

google

best kan? nampak macam natural tak? plus benda ni tak melekit. dia macam meresap kat bibir kita. lip tint ni jenis pewarna bibir yang jenis water based. so memang tak akan melekit lah. pakai pon rasa ringan. rasa macam tak pakai apa-apa. 

google
benda ni ada jual kecik. kecik boleh dapat dalam harga RM10 paling murah kalau tak silap. yang besar aku beli RM29 kat Sungei Wang. nak beli online boleh je. ramai je orang jual benda ni. tapi aku prefer beli kat tempat kedai dia la kat sungei wang tu. 

disebabkan benda ni jenis meresap dalam bibir and kalau sejuk-sejuk bibir aku cepat rasa kering, aku guna lipbalm selepas apply tony moly lip tint. 

google
i'm using this product and i don't know why but i love it :) ada spf jugak ( spf 30 ). dengan cuaca sekarang ni, better protect lips jugak selain pakai sunscreen untuk kulit. 

Motif pakai? sebab nak bibir cantik macam orang korea. tapi fail sebab bibir tebal macam angelina jolie -.-' 

Friday, October 26, 2012

Sakit tak pakai braces?

Assalamualaikum

Menjawab kepada soalan di atas tu, buat masa sekarang aku tak ada la rasa sakit sangat. belum tiba masanya kot. sebab before aku pakai braces aku search jugak pasal benda alah ni. ramai yang cakap sakit tahap gaban. cuak jugak nak pakai . tapi sebab nak nampak comel ( ecewah ) aku tabahkan jiwa dan raga..heee..

first appointment aku 3.10.2012. die pasangkan bracket kat gigi atas. gigi bawah belum lagi. tak rasa apa-apa pon masa pasang tu. tapi bila dah lama sket dan 2 3 hari pastu ada la rasa sakitnya, tapi tak teruk sangat. mungkin baru lagi kot. ulser alhamdulillah tak kunjung tiba lagi ( harap sangat tak da la weeii..sakit woo besi kena ulser ni )

PERASAAN LEPAS PAKAI BRACES?

perasaan? teruja! haha..tapi agak tak selesa sangat-sangat. makan pon kena perlahan, sekarang aku rasa aku paling lambat nak habiskan makanan. sebab kena hati-hati. dah tak boley makan macam biasa. makan laju-laju. makan banyak-banyak...huuu...rasa macam teraniaya. takpe, doa org teraniaya makbul ( adakah aku termasuk orang yang teraniaya? ahaks) 

kalau nak senyum pulak kena control..haha


dah tak mampu nak senyum macam nie T.T


kena control lak macam nie..teheee...


alololor.gamba nak jauh-jauh je kan..malu la tu nak tunjuk braces :p

sejak dah pakai braces, aku dah ada hobi baru. hobi baru aku adalah menggosok gigi! dan akan sentiasa mencari toliet selepas makan. sebab nak buang sisa makanan kat celah besi ( kalau ada) 
dan aku juga suka sangat dengan berus gigi sebab orang lain pakai satu je, tapi aku ada 3 berus gigi. satu berus biasa. satu lagi memang untuk braces then the last one intedental brushes. best kan? aku ni da la jenis lama mandi, sekarang makin lama sebab nak kena guna ketiga2 berus gigi tersebut. haha 

oklah,that's all for today..enjoy reading!  :)