Friday, November 9, 2012

Glowing Effect

Assalamualaikum

aku bukanlah seorang peng "edit" gambar yang tegar, tapi aku suka sangat benda yang nampak glow-glow nie. maca muka dipenuhi cahaya keimanan la kan. berseri-seri :) 

banyak cara nak buat glowing effect, paling mudah korang download je la action kat mana-mana. lagi senang kat sini GLOW EFFECT . 

ada orang tanya macam mana nak buat muka jadi glow, jadi kat sini nak tunjuk sikit kemahiran yang tak berapa nak mahir ni ye..sob..sob * walaupun hakikatnya segan nak tunjuk*  ni pon aku tak ingat aku belajar dari mana, sebab aku suka usha-usha  blog orang yang suka bagi tutorial edit-edit gamba nie..( hobi masa lapang ) sebabtu suka sangat tengok orang edit gamba. :') nak belajar tapi takda sapa nak ajar kan.

okay we will start now! first you need to open your picture ( aku guna cs5) 


dah? then tekan ctrl+j ( layer 1) so akan keluar yang macam dekat anak panah merah tu. can you see?

Lepas tu pegi dekat Filter - Blur - Gaussian Blur - Radius 6.0 
akan jadi macam kat bawah ni :) 

next, pegi dekat Image - Adjusments - Desaturate ( shift + ctrl + u )
 gambar akan jadi blur and nampak black n white. 

after that korang kena tukar Blend mode : Normal kepada Overlay 

tengok anak panah merah. tu Blend mode.

then, 


ikut ni, first tukar colour kat anak panah 1: atas = f8b002, bawah = f5f200
 lepastu tekan ctrl + alt + shift + E akan keluar seperti di anak panah 2. boleh follow? 

next step, Image - Adjusments - Gradient map - ok


the picture will be like this okay? 

lastly, once again you need to change Blend mode from Overlay to Soft light. Opacity is depend on you nak letak berapa..ikut kepuasan hati anda and kesedapan mata memandang :) * aku tukar kepada 60%

DONE :) 


My Hero :') 

Saturday, November 3, 2012

Tony Moly Lip tint

ASSALAMUALAIKUM

sejak akhir-akhir ni ramai tanya kenapa bibir merah? pakai lipstick apa? sesungguhnya dan seumur hidup aku, aku tidak pernah pakai lipstick. Dalam beg makeup ( beg makeup la sangat, padahal takda makeup pon ) tak pernah ada lipstick. honestly aku jenis yang tak reti pakai lipstick. 

so aku nak share satu benda ni, kot-kot la kan ada yang minat, terutamanya yang gila orang korea or barang korea ( macam aku ), sebab benda ni made in korea. actually benda ni suitable jugak untuk yang tak suka pakai lipstick tapi nak bibir nampak merah. 

google


Tadaaaaaa!!! this is tony moly lip tint, yang kiri red apple ( aku pakai ) then yang kanan cherry pink ( aku pakai gak) hahaha..tamak haloba namanya. but aku lebih suka pakai red apple. 

google

best kan? nampak macam natural tak? plus benda ni tak melekit. dia macam meresap kat bibir kita. lip tint ni jenis pewarna bibir yang jenis water based. so memang tak akan melekit lah. pakai pon rasa ringan. rasa macam tak pakai apa-apa. 

google
benda ni ada jual kecik. kecik boleh dapat dalam harga RM10 paling murah kalau tak silap. yang besar aku beli RM29 kat Sungei Wang. nak beli online boleh je. ramai je orang jual benda ni. tapi aku prefer beli kat tempat kedai dia la kat sungei wang tu. 

disebabkan benda ni jenis meresap dalam bibir and kalau sejuk-sejuk bibir aku cepat rasa kering, aku guna lipbalm selepas apply tony moly lip tint. 

google
i'm using this product and i don't know why but i love it :) ada spf jugak ( spf 30 ). dengan cuaca sekarang ni, better protect lips jugak selain pakai sunscreen untuk kulit. 

Motif pakai? sebab nak bibir cantik macam orang korea. tapi fail sebab bibir tebal macam angelina jolie -.-'