Assalamualaikum
Menjawab kepada soalan di atas tu, buat masa sekarang aku tak ada la rasa sakit sangat. belum tiba masanya kot. sebab before aku pakai braces aku search jugak pasal benda alah ni. ramai yang cakap sakit tahap gaban. cuak jugak nak pakai . tapi sebab nak nampak comel ( ecewah ) aku tabahkan jiwa dan raga..heee..
first appointment aku 3.10.2012. die pasangkan bracket kat gigi atas. gigi bawah belum lagi. tak rasa apa-apa pon masa pasang tu. tapi bila dah lama sket dan 2 3 hari pastu ada la rasa sakitnya, tapi tak teruk sangat. mungkin baru lagi kot. ulser alhamdulillah tak kunjung tiba lagi ( harap sangat tak da la weeii..sakit woo besi kena ulser ni )
PERASAAN LEPAS PAKAI BRACES?
perasaan? teruja! haha..tapi agak tak selesa sangat-sangat. makan pon kena perlahan, sekarang aku rasa aku paling lambat nak habiskan makanan. sebab kena hati-hati. dah tak boley makan macam biasa. makan laju-laju. makan banyak-banyak...huuu...rasa macam teraniaya. takpe, doa org teraniaya makbul ( adakah aku termasuk orang yang teraniaya? ahaks)
kalau nak senyum pulak kena control..haha
dah tak mampu nak senyum macam nie T.T
kena control lak macam nie..teheee...
alololor.gamba nak jauh-jauh je kan..malu la tu nak tunjuk braces :p
sejak dah pakai braces, aku dah ada hobi baru. hobi baru aku adalah menggosok gigi! dan akan sentiasa mencari toliet selepas makan. sebab nak buang sisa makanan kat celah besi ( kalau ada)
dan aku juga suka sangat dengan berus gigi sebab orang lain pakai satu je, tapi aku ada 3 berus gigi. satu berus biasa. satu lagi memang untuk braces then the last one intedental brushes. best kan? aku ni da la jenis lama mandi, sekarang makin lama sebab nak kena guna ketiga2 berus gigi tersebut. haha
oklah,that's all for today..enjoy reading! :)
2 comments:
teringin nk pakai braces..
tp takut.. hehee
hehehe..takot mmg..tapi da lama2 best..sebab jadi org yg lain dr yg lain :p
Post a Comment