Monday, December 3, 2012

Anak ketiga :)

Assalamualaikum

minggu ni minggu yang agak busy sebab dah nak final ye kawan-kawan, final projek banyak nak kena hantar. database aku pon tak jalan lagi nie T.T. tapi dalam stress-stress pun still rasa nak update blog. gediks namanya..

okay, simple je kot entri kali ni..sebab nak study, esok test :p

sapa anak ketiga? jom share ciri-ciri anak ketiga dan ini yang aku dapat dari sumber-sumber tertentu. and aku akan kaitkan ngan diri aku either betul atau tak..jeng3...

1. YAKIN DIRI 

Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan. 

Aku: sometime yes, sometime nop..yes memang aku jenis yang mudah bergaul dengan siapa sahaja KALAU  orang yang layan tu terus anggap aku macam kawan dah kenal lama. tak kekok di situ..kalau orang jenis tanya or jawab sepatah-sepatah, aku pun sepatah-sepatah jugak jawabnyaa..amat disenangi kawan-kawan? i'm not sure about that..maybe kot sebab aku ngan bespreng aku tak ada masalah pun. *tak tau la belakang macam mana..haha..kidding..alhamdulillah setakat ni, disenangi kawan-kawan terdekat :) 

2. SUKAR BERTOLAK ANSUR

Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.

Aku:  ahaks..:p so true..tapi takda la sampai nak betul je setiap masa..aku bukanlah jenis yang "customer always right"..sometime bila rasa benda tu aku patut pertahankan, so y not la kan? 
keras kepala yess :)

3. MUDAH KASIHAN

Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah  terpedaya. jadi hati-hatilah yer!

Aku: sangat. sebab? aku tak boleh tengok orang menangis (lagi-lagi orang tua) tak boleh tengok orang tua yang jual barang dari meja ke meja *okay nak nangis, kesian okay..budak-budak tak payah cakap la..muka suci, kalo nangis memang aku kesian. dan disebabkan mudah kasihan jugakla, aku ditipu kawan sendiri sebab bagi pinjam duit dan hasilnya? sampai sekarang tak bayar balik. takpela :') sebagai pengajaran. 

4. BOLEH MENYERLAH TAPI MENYEMBUNYIKANNYA

Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat menyerlah. tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yang ada. korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.

Aku: yess..saya sangat pemalu orangnyaaaa....:) 

5. SIKAP MALAS DAN MANJA

Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang manja sehingga kadang kala membawa kepada malas. korang perlu di'push" oleh seorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa kepada kejatuhan diri sendiri. 

Aku: mostly kawan aku cakap aku manja. diorang cakap.bukan aku :D tapi kalau manja sampai tahap malas tu i don't think so. malas bila penat ada la..

6. TIDAK SUKA MENIMBULKAN MASALAH

Korang sangat optimis dalam menangani masalah. sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawa. sebab tulah korang ada ramai kawan!

Aku: memang aku tak suka cari masalah. try my best to think positive all the time :) bukan lah yan terbaik, tapi berusaha untuk jadi yang terbaik..insyaAllah..

agak-agak korang yang mana? :) 





3 comments:

nur anis said...

tengah bandingkan ciri-ciri ni dengan anak ketiga dalam family saya..hihi

Shasyela said...

hehehe...agak2 ada tak? :D

RajE NagE said...

So true.. Sy pon anak ketiga jugak..