Sunday, December 11, 2011

Ipoh,Perak

ASSALAMUALAIKUM :)

lamanya tak update beloggggggg!!! 
sorryla agak busy sikit semenjak 2 menjak nie :p + aku tak ada idea nak update blog
ada nie haaaa story mori nak cerita kat korang, tapi story ni da tak update kot
disebabkan kemalasan melanda and banyak kerja, so baru harini aku terasa nak cerita..heee

sabtu lepas (3/12/2011) aku dengan classmates aku pegi Ipoh,
tak pernah pon sampai Ipoh. kitorang pegi pon berpandukan signboard jeee..
kitorang pakai 2 kereta taw, gerak pon dalam pukul 10 lebih jugaklaa..
kitorang pegi bukan nak jalan-jalan, tapi ada kenduri kawen kakak kawan kitorang ( kakak Tasha). 
jauh tak kami pegi kenduri kawen? hehehe

aku tak tawu ni kat mana, tapi ni masa otw pergi ipoh..

ni masa berhenti kat rnr mana tah..hahaha..sume aku tak tahu ok! sigh 
actually, masa kitorang sampai, ramai yang dah balik.
kiranya kitorang tetamu paling last! special gituuuuu :p
so, orang rumah lak busy melayan tetamu yana nak balik and bungkuskan makanan yang lebih untuk bagi kat orang. jadi kitorang nie, dok makan dulu la.
diorang  tak buat kenduri kat rumah, tapi dekat Kompleks Kementerian Dalam Negeri.
dan plan kitorang lepas kenduri, nak pergi rumah Tasha, so sementara tunggu diorang abes buat keje, kitorang buat keje sendiri..

  
Din 

Raub 

Jen 

Edy

kevin *pakai baju melayu ok :)

Tqa 

Ziela

Syela ( perlu ke? cakap "it's me" sudah! haha) ni pic candid. =.=

yang pakai tudung merah tu la Tasha. kakak die yang kawen 

bajet boy band laaa :D

Raub memang macamnie =.='

i like this!! <3

motif??

lepas tu ada sesi "tandatangan" :) * bajet artis u olsss :D




hasilnya??


special dari kami :) 

 :)

sangat penat pegi Ipoh. Tapi best! suka mak Tasha masak ayam masak sambal. sedap! 
teringin lagi..huhuh..
 ok u ols sampai sini saje ye :)

thanks 4 reading!! 

Assalamualaikum.

Tuesday, November 8, 2011

you :)

Thanks for all that you have done to me,
make my day shining everyday ( shining ke? hehe) happy laaa :)
I will miss you because you're very good friends :)

sorry for everything i've done to you
i didn't mean it 
but i respect your decision
perhaps this is the best for you.

i don't care who you are
where your from
what you did ( da mcm lagu as long as u love me..:D )
for me, you're still a good person.

penatla speaking..haha..kesimpulannya..i'm glad to know you :)  maaf selama ni saya selalu terlebih phsyco. xda niat :) *phsyco je..bkn btul2 pon..tp saya yakin ur life will be much much much better without me as your good friend. i hope u will be fine. i know you will be fine :) jgn menyerah with ur life ok? apa pun yg terjadi don't ever give up. u may be sad..but don't ever give up. :) saya dah takda dah sekarang :)thanks 4 everything. Assalamualaikum :)

Thursday, November 3, 2011

Kadang - Kadang

sekadar meluah perasaan :)

kadang-kadang
kite terlalu Happy sampa kite lupa kesusahan kite

kadang-kadang 
kite terlalu yakin, padahal keyakinan itu menghancurkan kite

kadang-kadang
kite terlalu emosi, sampai orang rasa sakit hati, padahal jauh di sudut hati kite, kite tak pernah ada niat nak menyakiti hati orang lain

kadang-kadang
kite terlalu menjaga hati orang, padahal hati kite sakit, asalkn org lain gembira cerita pasal life die :)

kadang-kadang





orang tak tahu kite marah sebab SAYANG :)


kadang-kadang
kite merungut bile dapat masalah, kite merasa kan apa yang ada sekarang ni adalah yang terbaik. tapi bile kite tak dapat kite sedih. padahal kite tak tahu sebenarnya Allah dah tentukan yang terbaik untuk diri kite. :)

Assalamualaikum..

Tuesday, October 25, 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75

Assalamualaikum :)

aritu aku update pasal 1st konvo aku. now aku nak update my 2nd konvo!
yeay!! bulan ni 2x la aku konvo..syok gilerr!! 15 & 24 :)
seronokla dapat konvo sampai 2x..
kali rasa lagi excited sebab pakai tercapai jugak impian nak pakai jubah on time! sbb da grad on time, pakai jubah pun on time :)

before ni konvo UiTM akan buat kat induk. kat Shah Alam. but since da tukar rule, kitorang kena konvo kat tempat sendiri. aku batch yg ke-3 kalo tak silap yang konvo kat Kampus asal. walaupun tak dapat konvo kat Shah Alam, tetap seronok sebab dapat balik SARAWAK!!! :) *amek kesempatan sket :p




on my way to UiTM :)


jubah size S!! ouch..saya takla besar mana =.=
mak & abah. they inspired me!!
ziela, kevin & me ( budak rekod !)
kitorang kena kumpul 12.30 before masok dewan..tempat kitorang kumpul kat dewan kuliah 1. kat situ kitorang amk number masing2 la..cek sume pakaian ok x, kasut tinggi tak. tinggi kasut sekurang2nya 1 inchi dan TAK BOLEH pakai wedges. =.= ada yang kena tukar kasut taw sebab tak ikut rule. sakit kaki aku pakai heel kaow tawu tak???? 1st time pakai heel lama2..rasa sakit tapi yakin! yeah!! rasa yakin bile pakai heel..hahaah..jalan pon macam nak berlagak je..:p tu batak namanyaa..
nak tunggu gerak masok dewan tu punya la lama..so kitorang melepak la kat dewan kuliah..budak course lain sume berdiri kat luar, kitorang slumber je lepak jap kat dewan kuliah..haha..

DK 1 kami yang punya :)
bile da gerak masok dewan, sume perasaan ada..rasa nak nangis,  rasa gembira, rasa terharu..
rasa macam ARTIS pun ada..sepanjang jalan tu, ramai yang amek gamba..wiwitt!!


i love both of you! :)

Rayyan pun nak konvo jugak :) muka dah excited dah nie..

:)
alolololorrr
got 2 bunga :)
jom balik!! *sambil beso kan mata yang penat!!
di pendekkan cite..i'm sooooooo happy!!!!!!!!!! :)
thanks 4 reading! :)

Wednesday, October 19, 2011

Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Ustaz Hanafi 2011

Assalamualaikum :)
dah lama rasanya tak update blog.
sifat malas mula melanda diri..hehehehe..
arini rasa agak free sket so nak update la story aku kan..

sabtu lepas (15/10/2011) aku ada konvokesyen silat kat Dewan Tun Razak,INFRA kat Bangi.
aku gerak pegi bangi jumaat malam. and jumaat malam tu jugak aku sebenarnya ada event kat PWTC so nak tak nak aku kena cancel sebab konvo lagi penting :) 
hari jumaat tu jugak aku ada kelas sampai pukul 6 but da cakap kat lecturer nak keluar awal. 4.30 ptg die bagi keluar..so bile kawan2 aku yang ikut pegi PWTC da gerak dulu, tinggal la aku sorang kat bilik tunggu bus nak g bangi..huhu..nak tunggu kat bawah macam awal lagi..duduk2 la kat bilik dulu on9..lek luuuu.

ok, cite pasal konvokesyen ni, sangat meriah!!
lebih 1000 ORANG PESILAT yang konvo. mereka terdiri daripada penerima pingat, sijil menengah dan sijil rendah. mereka2 yang akan konvo ni kena la pakai baju berwarn BIRU.ce tengok kat bawah ni..sume kitorang pakai kaler biru. cantek!!! sangat seronok jugak sebab dapat jumpa kawan2 lama dan baru dan adik2 yang xpenah jumpa lagi..selalu borak kat facebook je..haa! sekarang tengok betol2 saya tak cantik!

peace :)
 farah! rumet sejati masa diploma yoww!
oh! kak long kacau kami..haha..*credit to Reza
SRIKANDI
sarawak mariiiii...
with zal! :) jumpa jugak kite yeww :)
gergasi dari segamat! haha..ammar! hee :P
wada,cik zai ( ibu ) n me. johor mari * pic kasi beso sket. :P
with my besfren. :)
ok la..tak nak cite banyak..jangan ingat IPT je ada konvokesyen taw..silat pun ada..kami dapat sijil jugak :)
selembut-lembut aku ( orang cakap ) alhamdulillah dapat sijil :) next! nak amek sijil menengah persilatan (SMP) pulak..isnyaAllah :)

credit to reza aka zazakarino ( nama fb )
thanks 4 reading! :)

Saturday, October 1, 2011

Kasih sayang seorang ibu

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

by: Md Zahki Md Hussein

Thursday, September 22, 2011

LIKE A ROSE


And as I look into your eyes
I see an angel in disguise
Sent from God above for me to love
To hold and idolize

And as I hold your body near
I'll see this month through to a year
And then forever on till life is gone
I'll keep your loving near

And now I've finally found my way
To lead me down this lonely road
All I have to do is follow you
To lighten off my load

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
And gave me air so I can breathe

You open doors that close
In a world where anything goes
You give me strength so I stand tall
Just like a rose

And when I feel like hope is gone
You give me strength to carry on
Each time I look at you there's something new
To keep our loving strong

I hear you whisper in my ear
All of the words I long to hear
Of how you'll always be here next to me
To wipe away my tears

And now I've finally found my way
To lead me down this lonely road
All I have to do is follow you
To lighten off my load

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
And gave me air so I can breathe

You open doors that close
In a world where anything goes
You give me strength so I stand tall
Just like a rose

And though the seasons change
Our love remains the same
You face the thunder
When the sunshine turns to rain
Just like a rose

You treat me like a rose
You give me room to grow
You shone the light of love on me
And gave me air so I can breathe

You open doors that close
In a world where anything goes
You give me strength so I stand tall
Just like a rose

You give me strength so I stand tall
Within this bed of earth
Just like a rose

p/s : one of my fav.song..lagu lama :) sape tawu lagu ni? heheh


Friday, August 19, 2011

KAMI BLOGGER PRIHATIN


Assalamualaikum

hari ni hari jumaat, bersamaan dgn 19 Ogos 2011. tak lama lagi kita nak sambut raya.
Alhamdulillah kita masih dikurniakan rezeki yang tidak putus2.

tapi dalam kesenangan kita alami dan rasai sekarang, korang tawu tak ada insan2 yang lebih memerlukan.
mereka tidak memiliki apa yang kita miliki. 
mereka masih kelaparan dikala kita kekenyangan.

sebagai insan yang prihatin, marilah kita sama2 menghulurkan bantuan kepada mereka. dan sebagai blogger, marilah kita sama2 menghebahkan dan menghulurkan bantuan ikhlas dari hati kita. ikhlas kerana Allah.


jika ada yang berminat untuk menderma kepada mangsa kebuluran somalia, anda boleh ke laman ini : :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

Wednesday, August 17, 2011

Dugaan oh dugaan

Assalamualaikum :)
i hope this will be my simple entry..hope so :p
actually i hate to talk about this.
u know, perasaan malu. takot, tak suka..
thats y aku selalu pilih untuk diam :) 

actually, i got problem with my healthy since my last semester..
time tu pun dekat2 nak final exam jugak woo..
aku tak nak cakap apa masalah..just untuk perubatan semua masa tu kira2 around 1k plus2 mcmtu la..
and i still have one appointment with my doc and it will be the last one..yeay!! ^_^
tapi bulan 10 nanti..lamanya! 

i also ada prob with my tulang belakang..but it's mild only
so takda la kena makan ubat bagai kan..
just doc pesan aku tak boleh buat kerja berat2..
rajin2 minum susu ( aku memang suke minum susu pon ) 
and last jangan overweight. maximum 59kg ( doc, i makan banyak mana pun i maintain mcmnie je doc..takkan overweight punyeee) ..haha rasa mcm nak gelak je masa tu..

actually, i want to hide this from everyone..
tapi entah hairini rasa nak cakap kat sini. 
hope tak ramai yang baca la..:)
tak ramai yang tahu pasal ni sebab aku taknak orang pandang aku sebagai seorang yang bermasalah..
tak suke la orang kesian2 nie..i'm ok la..

kadang2 kite suke mengeluh dengan apa yang jadi kat kite..
padahal kite tahu sesuatu yang berlaku dalam hidup kita ada hikmahnya..
ada sebabnya..:)
kite mengharapkan sesuatu yang baik untuk diri kite..tapi bile kite tak dapat, kite kecewa,
padahal Allah nak bagi yang terbaik untuk kite :)
 the end! 

IKLAN!!!

boley tak nak boypen macamnie?? kehkehleh :D

nichkhun 2pm (pencarian en.google)

Friday, August 5, 2011

My Everything

Assalamualaikum :)

tajuk bukan maen lagi kan2? rasa macam special sangat orang tu kat aku..
tapi memang special taw2?..special sangat3 ...ko hado??
buat masa sekarang belum ada orang yang lebih special dari mereka ni.

agak2 aku ikot muke sape? abah kot..comel ikot mak..lalala


mereka ni is my boyfriend & girlfriend! heee..
aku rasa without mereka aku takkan dapat sampai tahap nie.dapat capai apa yang aku nak, dapat sambung study.( dan mungkin jugak aku tak secomel ni LOL )


sebab mereka aku kuat ( bukan kuat macam badang mahupun the rock)
sumber inspirasi katakan..macam sumber makanan..takda makanan takleh makan..
tapi mereka bukanlah orang yang boleh di makan ok..contoh jek..
maksudnya tanpa mereka aku takkan berjaya :)

kadang2 aku ketepikan benda remeh sebab mereka ( walau benda tu menyakitkan hati aku)
ibu bapa kita kena utamakan dulu..betol x? 
kalo aku kecewa ( xkira la pasal someone ke or benda laen ) aku akan ingat mereka.
nanges tu nanges jugak sebab aku memang jenis yang cepat touching sket. lagipun lepas nanges akan rasa lega..sape sokong? hehe..then bile hati da tenang, aku akan cakap ngan diri sendiri "sume ni benda remeh jek...kaow nanges siang malam pon takda pe yang akan berubah. kaow nak down sampai takleh study kaow jangan wat keje gile.. kaow ada parent yang jaga kaow dari kecik sampai besar yang nak tengok kaow berjaya..kaow tak takot tengok misai bapak kaow yang boleh wat orang menggigil kepale lutut tu kee. "
( ayat last hanya rekaan semata2 )
kira mcmtu la dialog bile cakap ngan diri sendiri..

jadi apa2 pun terjadi kat kite, kite kena ingat ibu bapa kita..jangan lupa Allah jugak. 
utamakan ibu bapa kita dari boipren n gurlpren korang yee...
jangan sesekali derhaka kat orang tua..keredhaan ibu bapa tu penting taw..
 rajin2 la doa untuk mereka. tak kira mereka dah takde or masih ada.
yang masih ada, jaga mereka baik2 bila dah besar nanti..:)
lepas solat, rajin2 baca doa untuk mereka  ok? 

DOA ANAK UNTUK IBU BAPA DAN MUSLIMIN MUSLIMAT 
" Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil"
"Ya Allah Ya Tuhan Kami ampunilah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati